Saturday, January 21, 2012

Happy Birthday Raziq Dearie..

Pada 18.1.2012 yang lepas genap usia my prince Muhammad Raziq Zharfan yang ke 2 tahun.. Disebabkan lambat lg majlis nak buat so kiteorg celebrate dlu dgn dia bertiga (adik dia duk rmh) seperti tahun yg sudah celebrate di Haagen Dasz.. tahun ni pula di Secret Recipe..

Seperti tahun lepas jugak Raziq xde mood nak makan birthday cakenya.. angin sbb bru lpas bgun tdo.. dapat tido sejam jer..
Strawberry choc cake for his bday cake..

Align Center
Oreo milkshake his fevret

Majlis Akikah Nur Nazurah Az-Zahirah Bt Amiree

Pada 14.1.2012 (Sabtu) yang lepas.. majlis akikah dan bercukur anak kakakku dan juga anak susuan ku dilangsungkan.. Majlis yg sgt ceria dimulai dgn berzanji dan marhaban itu dijayakan oleh kumpulan dari Serdang.

Memang meriah dan Nazurah mmg sgt comel pada hari tu.. Lain sgt rupanya.. Berikut adalah sekitar majlis itu berlangsung..


hampir 3 tahun kakakku menunggu untuk mendapatkan cahaya matanya sendiri.. Alhamdulillah selepas berusaha bermacam2 cara akhirnya Allah swt kurniakan seorg bayi perempuan yg sangat comel yang diberi nama Nur Nazurah Az-Zahirah..
Raisha semasa kenduri berlangsung tdo sepanjang majlis..

Raisha tumpang sekaki try buai kakak nazurah..hehe..dua kali plak tu siap tukar2 baju..huhucredit to paklang tolong ambilkan pix ni..


Raziq terlalu lasak n hyper masa majlis tu sampai kena marah dgn papanya.. ni muka dia pas kna marah..
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada hadirin yang hadir..

Wednesday, January 11, 2012

FULL MOON

Salam ceria..

Hari ni 11/1/2012 - genap usia my princess Nur Raisha Zamiah 30 hari / 1 month.. bak kata org cina FULL MOON. hehe.. maka bsamaan jugak dah 30 hari aku berpantang..
Nur Raisha Zamiah - 1 month

Today, raziq x brapa sihat.. dia kna selsema n batuk.. dah lama dia x sakit..maybe sbb dia dh x makan vitamin yg selalu dia makan tu.. Raisha plak buat ragam dah cukup bulan la.. mcm2 ragam dia buat.. nak susu bila bg kang tiba2 dia termenung.. bila letak balik menangis n mulut dia menyenget mcm anak burung mintak makanan..hehe.. bila bai plak sekejapje dia menyusu pastu lepaskan then termenung balik..mcm memikirkan masalah negara jer.. adoyai.. mcm2 perangai..

Tunggu punya tunggu lama2 aku dapat bengkak susu.. Sakitnya x boleh nak ckp la..mmg sakit sgt.. Breast aku sebelah kanan ni mmg cepat bgkak.. bila pam pun x kuar byk n pekat sgt.. so aku hnya bgantung pada ubat PCM jer untuk tahan sakit.. harap2 esok dah semakin baik sbb esok ada temujanji dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk cek ibu dan raisha cucuk untuk imunisasi.. Pada mulanya nak pg jer doc Lim kat Melaka tu tapi bila pkirkan hnya cucuk imunisasi je n sama je ubat dia baik aku g klinik kesihatan jimat sikit duit.. Bila nak cucuk tambhan jer mcm prevenar n minum rotataq utk rotavirus je pg jmpa doc Lim nanti..

Esok punya plan nak pegi klinik kesihatan then pegi klinik Yahya untuk ambil ubat raziq.. Aku dah semakin bosan duduk rumah ni.. Nasib baik sabtu ni kakak aku buat akikah anak dia..boleh la bjalan kejap.. tapi fikiran aku tgh runsing memikirkan sesuatu.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. dan aku harap sangat2 moga tahun 2012 ni membawa sinar dalam hidup aku..

Tuesday, January 10, 2012

TAHUN BARU 2012..

Salam semua.. bercakap pasal tahun baru tahun ni..aku mmg x sambut la kan.. dok rumah je la..tp sebenarnya lbh baik kita sambut tahun baru hijrah dari tahun baru masihi ni.. tp tahun baru masihi iaitu TAHUN 2012 aku masih tcari2 azam aku.. memang ada satu azam aku tapi biarlah ia mnjadi rahsia dalam diri aku sbb ia adalah isu sensitif..

Tapi hubby aku dah bgtau azam dia kat aku..n azam dia mmg aku suka tp ada sedikit payah kat situ..mmg kna usaha banyak sgt2.. aku plak lebih suka berazam benda yg kecil2 dlu.. sbb bagi aku kalau bnda kecil pun kita x boleh dapat capai jgnlah mimpikan benda yg besar untuk dicapai.. tapi aku x perlekehkan sesiapa yang nak berazam sesuatu yg besar kerana aku pernah kenal org yg berazam besar n dpat capai azamnya itu.. dalam dunia ni tiada yang mustahil.. tapi untuk kita capai azam kita yg besar tu janganlah sampai menyusahkan org lain sehingga menyebabkan org itu teraniaya..so buatlah sedaya upaya kita tp jgn sampai menyusahkan org yg kita sayangi dan org disekeliling kita..

Kita tukar topik lain plak untuk tahun baru ni.. Alhamdulillah pada 12 januari nanti Raisha genap sebulan dan akan dapat suntikan imunisasinya yg pertama.. Sekejap je dah sebulan aku berpantang.. Masa mmg berlalu dgn cpt.. Pada 18 Januari plak genap usia 2 tahun anakku Raziq.. Last year kami celebrate bufday partynya di KFC Ayer Keroh.. mmg happening sgt time tu..Ramai family, sedara-mara, n kawan2 yg dtg.. This year masih blum dirancang lagi nak celebrate kat mana.. maybe akan dibuat sekali dengan Majlis Akikah adiknya nanti..

Oh yer cerita pasal akikah ni.. puas jugak aku carik tempat mana nak sewa buaian berendoi kat area Tampin kg aku ni.. Survey punya survey kebayakannya di area KL, Shah Alam, Kajang jer.. Lpas tu smlm aku terjumpa la satu blog yg menyediakan servis akikah, sewaan buaian berendoi di Senawang.. ini linknya.. http://buaianberendoi-balqiscreation.blogspot.com/ boleh tahan jugak pakej yg dtawarkan n cantik2 jugak design yg dibuat.. tapi aku blum lg call utk booked tarikh coz tarikh akikah masih blum dipilih n aku mestila tnya suami aku dulu kan.. kat sini aku ada picture yg aku ambil dari blog balqiscreation tu..hehe.. promote dia punya buai wpun aku blm booking lg..huhu


Akikah kali ni akan dibuat dirumah kakak iparku di Desa Permai nnt.. yela.. gilir2 la plak kan..masa raziq dlu rumah mak n ayah aku..skrg time raisha kena la buat sebelah suami plak.. lagipun aku lebih suka buat dekat rumah kakak ipar aku ni coz lbh senang nak aturkan apa yg kami suka..kalau kat rumah mak ayah aku nnt byk plak bnda yg x boleh..hehe.. orang tua aku ni cerewet sikit biasala org tua kan.. so kali ni mmg aku bajet nak buat berendoi dan marhaban. Kiraan bajet perlu dibuat.. dan kali ni sume aku nak buat sendiri.. Sebenarnya dari aku mengandung aritu lg aku dah sapkan tag terima kasih n door gift utk tetamu yg hadir.. cuma belum di print dan ditambah dgn makanan je lg.. kat bawah ni aku ada sediakan check list yg perlu ada nanti:-

First skali yg penting, kambing seekor (coz anak perempuan)
then, catering (yg ni kakak ipar aku yg carikkan)
booking kumpulan berendoi n marhaban (yg ni mybe mak aku yg akn booking)
sewa buaian berendoi (aku la pnya kje)

print out tag trima kasih n door gift (my hubby pnya kje)

booking coklat/cupcakes/cookies (yg ni aku masih memilih)
order kek bufday raziq ( yg ni pun tgh survey2 lg)
Lastly, baju for my prince n princess..

erm.. byk yg blum prepare lg.. oh yer.. 14 januari ni plak akak aku buat akikah utk anak dia a.k.a anak aku jugak coz aku dah jadi ibu susuan dia..huhu.. x tau la nak bwk apa nnt tu.. akikahnya akan dibuat kat rumah dieorg kat banting..senang katanya dua2 belah pihak x kan segan silu nak dtg.. aku pun pkir mcm tu jugak..tp aku nak buat mcm mna rumah kiteorg x dapat cf lg n x siap lg.. so kena la beralah jugak n carik solution lain.. erm.. sampai sini dlu nnt update lg..

Thursday, January 5, 2012

Lahirnya puteriku Nur Raisha Zamiah (Cahaya Pemimpin Raja Berani dan Cekal)

Salam n selamat sejahtera semua..


Tanggal 12 Disember 2011 (Isnin) saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 8.22pm. Bayi yang diberi nama Nur Raisha Zamiah ini dilahirkan normal seberat 2.75kg. Usia kandungan semasa dilahirkan ialah 37 minggu 5 hari.. Tersangat gembira rasa dihati kerana Allah swt telah mengurniakan sepasang zuriat untuk kami.. Yang pertam lelaki danyg kedua perempuan.. Doakan yg kukirimkan dimakbulkan oleh-Nya. Dalam aku hampir pasrah dengan rezeki dunia yg hampir nyawa2 ikan Allah swt sgt sayang padaku dengan memberikan rezeki yg tidak ternilai ini.. S.A.B.A.R ini kunci segala jawapan.. insyaAllah dengan kehadiran cahaya mata baru ini rezeki kami kembali normal dan bertambah.

Pada hari Jumaat (9 Disember 2011) mmg aku ada apppoitment dengan Doc Hanisah. seperti biasa doc hanisah aka greet aku then tnya shat atau x? Aku ckp sihat je cuma perut je slalu mengeras..dia kata eh awlnya mengeras.. aku di minta naik ke atas katil utk diperiksa.. emm doc ckp uri dah matang, uri kat atas, kepala baby dah engaged..kemudian dia nak cek bawah.. dia seluk n kata dah buka 2cm..doc tsenyum..dia kata insyaAllah mgu depan dah boleh bsalin..hehe.. tapi doc ckp hari ahad dia xde balik kg ada kenduri doa selamat mak dan ayah dia balik dr haji.. so aku dh mula risau..sabtu aku balik tampin..aku berbincang dgn suami aku..aku ckp dh x lama lagi ni..aku dpt rasakan..kontraksi plak makin kerap..so hr sabtu tu kami search internet carik mana2 hospital area seremban yg ada doc perempuan. psediaan mana la tau kot2 bersalin plak hari ahad nnt..mlm tu mak aku dh rendam air akar fatimah dalam air selusuh yg abg ipar aku bawak balik dari darussyifa.

hari sabtu sbb aku x nak bsalin ahad nnt so aku x minum air tu..aku bdoa jer moga baby aku ni btahan x kluar dlu..hari sabtu mlm tu mmg kuat kontraksi aku..masuk hari ahad makin mnjadi2..tetapi masuk je wkt mlm ahad aku dh start minum air selusuh tu..kurang plak rasa sakit tu..kalau tau dr awal aku minum..huhu.. isnin mcm biasa aku tekad x nak g keje..situasi sama mcm raziq dlu jugak la..ada bleeding sikit.. so aku x pg trus hospital sbb xde la rasa sakit sgt pun.. jadi aku ajak suami aku g jalan2 dlu lpas lunch bru g jmpa doc..huhu..so kiteorg pg kedai yg biasa kiteorg beli brg baby untuk beli stroller raziq..bukan stroller tp buggy..aku ska buggy ni sb penah pki member aku pnya dulu msa g langkawi..ringan jer sng nak bwk naik flight..

Terus pakai g jusco bandaraya

Lepas beli buggy my dear ni kiteorg trus pki g jusco bandaraya melaka..kat sini kiteorg g mkn jer..makan kat the chicken rice shop.. msa ni aku dh x kisah nak mkn apa dah sbb dh x boleh nak sumbat sgt.. lpas tu brula btolak ke hospital pantai.

Sesampai di klinik doc hanisah, jam menunjukkan pkul 3.00ptg.. doc senyum tgk aku..dia cek bukaan n kata dah 3cm bukak..hah?pnya penat aku bjalan2 bru 3cm bukak..dr jumaat sampai isnin bukak 1cm jer..doc kesian tgk aku kata sian kat awk..tp mmg kna masuk labor room lah..sian awk skt sejak sabtu lg..hehe..aku sengih lg..sakit xdela sgt skrg ni..tp doc suh masuk labor room jugak sbb dia kata lg 3-4jam bsalin la ni sbb ank no 2..

sampai labor room..aku diminta tukar baju n nurse bg aku blik menghadap hadapan hospital.. aku tnya x ramai org ea arini..nurse cakap aah ikut time kadang2.. pg tadi ada 3 patient sume ceasar.. akulah org ptama yg akan normal arini..huhu..nurse bg ubat kuar najis..bru 2-3 saat aku dh rasa nak g toilet..x byk yg kuar..nurse suh lama lg dok dlm bilik air bg kuar sume..akhirnya kuar gak sume tu pun x byk..haha.. pkul 4 ptg.. doc dtg n pecahkan air ketuban aku.. x byk sgt mcm raziq dlu..aku mintak suami aku tgk apa kaler air ketuban tu dia cakap jernih.. mmg kali ni berbeza..aku xde rasa skt sgt.. air akar selusuh tu aku dh minum byk dh..dah masuk jug no 2 tp xde rasa sakit sgt pun.. doc dtg cek lg pkul 5.30ptg.. dia ckp kontraksi dh semakin kuat tp dia nak kuat lg.. so dia induce aku..seleas di induce mmg rsa sakit tp x jugak sesakit mcm raziq dlu.. tp boleh thn la sakitnya sbb aku x perlukan gas tu sgt..gas yg aku sedut bru brapa kali tu menyebablan aku pening dn mengantuk akhirnya aku muntah dengan byknya..x lma lepas tu dalm pkul 7 hubby cakap mama n abah dtg.. disebabkan aku dgr org sebelah mak dia blh masuk so aku suh hubby aku pggl mama aku.. mama aku masuk selepas unaikan solat maghrib dalam pkul 7.45 mcm tu.. x lama lepas mama aku masuk, nurse dtg balik cek tgk aku..dia kata nak cek bukaan.. tkejut dia tgk dah bukak 8cm.. terus dia bgegas call doc hanisah utk dtg.. patient dh ready nak teran doc..aku dgr nurse ckp mcm tu..

pelik aku mmg aku rasa sakit tp x teruk sgt la..mungkin berkat zikir dan doa semua aku dipermudahkan untuk bsalin.. sampai2 je doc tgk n siapkan kelengkapa.. nurse tnya dah kencing ke blum?aku ckp blm?nak kncg x?aku kata nak..tp aku x leh kencing..kemudian nurse tolong aku buangkan..byk jugak rupanya air kncg aku..tp aku mmg xde rasa nak kncg pun.. doc suh naikkan tekanan pd perut aku tu..so bila naik jr bru aku rasa sakit tu dtg.. aku dh tau bila nak push.. "ok teran..aku teran sekuat hati aku.... huh..mmg sush bsalin normal sampai aku rasa nak give up..tp doc bantu aku jgk..dia ckp aku blh cuma nafas aku pendek sgt.. so mintak aku curik nafas cpt2.. 4-5x jugak push akhirnya push yg terakhir tu doc ckp cepat razliza baby dah lemah ni.. terus aku push sekuat hati aku..n alhamdulillah doc dh bsorak riang kata kpala baby dah kuar tahan lg push lg.. denga sekali lg push akhirnya baby girl aku kuar jugak..huh..akhirnya..suamiku yg sentiasa berada disamping aku sempat jugak melihat kepala baby semasa nak kuar tu.. then selepas je kuar terus dia kucup dahi aku n ucapkan sayang pada aku..lega tgk baby berada di dadaku dlm keadaan sihat..boleh tahan montel mukanya.. Syukur Alhamdulillah Ya Allah..itu sahaja yg dapat aku lafazkan ketika itu..

Nur Raisha Zamiah sejurus selepas dilahirkan

Pengalaman Mengandung Anak Kedua

Menceritakan tentang perihal kandungan aku yg ini pula.. Memang rasa lbh sakit dr yg dlu.. byk yg aku alami.. tp aku hanya mengambil sikap bdiam diri dan bdikari sndri untuk selesaikan masalah aku. memang kadang2 hampir setiap hari aku mengeluh di facebook menyatakan rsa sakit aku tp bukan aku nak mgharapkan sipati tp sekadar meluahkan apa yg aku rasa supaya tiada tekanan dalam kepala aku.. suami aku x dapat memberikan tumpuan yg lebih kepada aku kerana kesibukan kerja dan melayan anak aku yg sulong.. jadi sakit pening cramp kna tanggung sendiri dan setelkan sendiri..

Pada usia kandunganku 30minggu.. jam 2.00pagi aku terasa perut aku sakit sgt..tdapat tenson dibahagian atas perut sebelah kanan..aku x boleh bdiri dan x boleh jugak mnjerit.. disebabkan suami aku tdo di dalam bilik, aku diluar, aku minta anakku raziq yg berumor setahun 10 bulan ketika itu dan masih blm pandai bcakap mengejutkan suamiku.. "raziq, pggil papa..pggl papa.." anak aku yg sulong ni dengan segera bgun dn masuk ke dalam bilik papanya.. mujur suami aku tdengar n jga dari tdo.. aku dikejarkan ke hospital besar melaka dan terus dimauskkan ke dalam labor room. nurse tanya sakit kat mana?skt kat perut atas..mmg keras kat tmpt tu tp bukan baby yg mengeras mcm ada bnda lain yg mengeras.. so doc dipanggil..nurse td dh seluk bawah nak cek samada ada bukaan atau x tapi tiada. aku mmg x suka masuk GH. sbb slalu melengah-lengahkan prosidur. daripada jam 3.00 pagi hingga 6.00pg aku skt tp tiada apa2 prosidur yg dilakukan cuma doc pelatih memasang brinular pada tgn aku jer.. kemudian jam 6.30pg aku dipindahkan ke wad 3 wad kelas biasa sahaja. suami aku mmg x puas ati time tu.. aku ckp xpela..mungkin wad kelas 2 penuh.. wad 3 mmg jauh dari situ..aku bjalan kaki ke sana dsebabkan kerusi roda tiada. dalam keadaan masih dlm kesakitan aku bjalan plahan-lahan dengan suami aku.. sampai di wad, sya dapat berbaring seketika n shingga jam 8.30 pagi doc pakar dtg untuk periksa.. ak critakan dimana sakit itu berada dan doc suspek aku kena apendiks. doc pakar arahkan supaya scan dibuat.. jam 9 pagi aku melangkah ke bilik air dan aku lihat ada pendarahan..segera aku beritahu nurse dan nurse cuma berikan pad shja. aku tggu sampai pkul 10.00 kemudian sakit ku dibahagian perut itu hilang tetapi bertukar pula sakit kontraksi. Ya Allah lama aku tggu untuk scan n diagnos je apa sakit aku tu dr pkul 3 pagi sampai 10.00pagi aku tggu x di scan.. bila dah start kontraksi aku pggl nurse mengatakan perut aku dh start mengeras. mmg kiraanku betul setiap 10 minit mmg ada kontraksi.
jam 11pagi baru aku di scan oleh Dr Alex dan dr ni plak x bgtau pun apa kondidi aku sbb dia dh tkejar2 nak balik..sakitnya hati..
jam 12.30tgh nurse dtg tgesa2 meminta aku bsiap untuk masuk ke labor room semula kerana doc surgeon nak dtg tgk aku..rupa2nya sejak pg td dr dah call supaya aku dibawa ke atas tetapi staff nurse di wad 3 x mnjalankan tugasnya dengan betul..staf nurse labor room degan staf nurse wad3 bertekak sesama sendiri menyalahkan masing2.. aku dimasukkan ke ruangan observation.. sampai jam 6.00 ptg brulah dr surgeon dtg n cek aku..bg aku xde gunaya sbb rasa sakit tu dh hilang..cma contraction je skang ni.. doc cek n tnya aku then dia cakap x perlu bedah..lpas aku pnya seksaan.. dalam dok tgh tggu aku tertido n dlm tdo muka aku menahan sakit kontraksi..dan seorg doc telah nampak muka aku bkerut2.. dia tnya sakit ker? aku cakap aah kontraksi dr t.. dan dh bgtau nurse pun..doc mintak nurse kira contraction n nurse ckp ada 2 intent..doc terus tutup langsir n cek bawah.. hah..dah bukak 1.5cm.. doc tadi terus maklumkan pd doc pakar.. terus doc pakar suh inject dexsa.. dexsa tu untuk mematangkan paru2 baby sbb kemungkinan lahir x cukup bulan.. segera aku maklumkan pd suami aku yg pada ketika itu dia dlm pjalanan nak pg ke kuala lumpur atas urusan kje..lgsg x jd dia pg.. patah balik n bli kelengkapan utk bsalin..terus terang aku katakan aku mmg x beli apa2 lg wkt aku 7 bulan ni..

jam 6.30 petang aku disuntik dengan ubat dexsa tu..Ya Allah mmg sakit dan pedih sgt..sebelum disuntik nurse mmg dh bgtau mmg sakit ubat tu sb dia penah kena..so aku x sangka plak sakitnya mcm tu skali.. bertambah kuat kontraksi aku..kemudian doc dtg n kata nak suntik ubat tahan sakit plak..dia ckp klu still contraction jugak dia akan tmbh dos..mujur lpas suntik ubt tahan sakit aku dh x rasa apa dh dan merasa mengantuk teramat sgt..bdn aku rasa ringan sgt.. dalam mamai2 tu aku tdengar nurse ckp contraction dh xde..jam 6.30 pagi aku dikejutkan untuk diberi suntikan dexsa kedua..suntikan dexsa ni mmg sepasang..kalau dah amik dos pertama, dos kedua pun kna amik jugak..setelah 24 jam di observe aku dipindahkan ke wad biasa balik tp kali ni aku dpt wad kelas 2. aku masih lagi bleeding time ni..selama 4 hari aku berada dlm hospital. dan sehari sebelum harijadi aku pada 21.10.2011 aku dibenarkan keluar..itupun selepas aku tunjuk muka sihat aku kat doc pakar n mintak nak balik bru aku dbenarkan balik..x nak aku sambut birthday aku dalam wad..huhu.. inilah pengalaman aku semasa mengandung anak kedua aku ni..

Selepas dari hari itu aku cuma menghitung hari untuk menunggu saat2 kelahiran puteriku..

Holiday Pulau Langkawi - Part 2

salam semua..sudah terlalu lama x update blog ni.. dah berbulan2..hehe.. ni tgh cuti bru dapat update.. oh yer.. saya dah selamat melahirkan baby girl pada 12.12.2011 jam 2022 di hospital pantai ayer keroh. nnt sy sambung dlm entri yg lain ea.. skarang nak cite kesinambungan holiday langkawi ni dlu..

18/9/2011 - pagi lagi dah bangun untuk bsiap ke Pulau Dayang Bunting.. xdela risau sgt sbb bot kami dah cater smlm.. selepas sarapan kami ke jeti pantai tengah.. takut jugak rasanya sb biasala kalau naik bot laju ni akan rasa thentak2..tkt plak jd apa2 dekat kandungan..tp disebabkan bot yg kami sewa mmg berkusyen..so hentakannya kurg sikit la.. ini merupakan kali pertama raziq naik bot..mmg muka dia cuak gila..pemandu bot ni plak bawak boleh tahan laju jugak la.. hehe..

tempat pertama yg kami akan tuju ialah pulau dayang bunting.. pulau ni mmg terkenal sebab bentuknya yang menyerupai wanita mengandung. kalau x caya boleh tgk gambar kat bawah ni..ada rupa wanita terbaring yg perutnya buncit x?hehe..

raziq n papa berlatar belakang pulau dayang bunting

sebenarya aku dh sampai dh kat kaki bukit pulau ni dlu tp aku x pegi sampai ke tasik.. ini disebabkan aku perlu mnjaga arwah ibu mertuaku yg kurang sihat.. so yg naik atas tu cuma my hubby n FIL jer.. sedih gak time tu tp xpe hubby dh janji nak pg lg skali n bwk aku naik plak.. n now aku dah dpt jejakkan kaki ke tasik dayang bunting wpun keadaan aku tgh pregnant 6 bulan lbh time tu..huhu..aku tetap nak pg jugak.. tasik dayang bunting ni terkenal dengan cerita dongengnya yang mengatakan sesiapa yang inginkan anak boleh mandi di tasik dan minum air tasik ni..tapi aku x percaya sume supersticious tu..rezki anak sume hanya Allah yg beri.. sesiapa yang nak pergi tasik dayang bunting ni dinasihatkan jgn bawa beg plastik sbb sampai je di jetty ada cik nyet yg sedang menunggu untuk merampas apa shaja beg plastik yg dikendong.. so better korg jga beg korg betul2 dan bawakla barang makanan di dalam beg yg bertutup..cik nyet2 kat sini sume gnas2 n x tkut orang..
jetty pulau dayang bunting

jalan menuju tasik dayang bunting..raziq pun nak jalan sendiri x nak dukung.

kolam yg telah diempang untuk kanak2 dan yg x tau berenang.. jga2 bawah ni licin sb dah berlumut.


selepas pulau dayang bunting, destinasi kami yg kedua ialah eagle hopping..betul ke x ejaan ni..huhu..kat sini cuma nak tgk helang n bg helang mkn jer..xde apa yg menarik sgt..kat sini kiteorg x nak lama sgt sbb dh x sbar nak mandi kat pantai beras basah.

Kat Pantai Beras Basah ni lupa lak nak amik gambar..tp pantai dia mmg tsangat la cantik..suke dengan keindahan alam semulajadi kat sana..gambar lama dengan arwah mak ada x salah tp ada kat laptop lg satu..huhu..kalau igt nnt akan di uploadkan..hehe

lepas mandi-manda kat pantai beras basah, kami pun pulang n balik ke bilik masing2..siap sedia mandi n rest dlu then bsiap ke pekan kuah untuk shopping la apa lg..huhu... mmg plan kiteorg nak shopping sehari sblm balik.. so time ni la shopping coklat, tshirt, beg n pinggan mangkuk untuk dibawa pulang...
ni shoes my hubby..kulit taw n murah lak tu..panjang x kaki dia..huhu
ni sebahagian dr coklat untuk kami 3 beranak saja.. yg lain dh diagih2kan pada family n kengkawan..coklat jer ada la dekat rm200++

hehe..last but not least couple-T utk mama n papa..kami bduala.. mana2 kiteorg pg mst beli couple T.. hehe..tu yg romantiknya about my hubby..

19/9/2011 - erm.. dah nak balik..tp b4 balik sempat jugak masuk Aquaria.. hujan renyai2 pg tu..flight plak tghr pkul 12.30tghr. so sebelum balik masuk la Aquaria ni..raziq yg sememangnya takut dengan ikan meronta2 nak melepaskan diri tp setelah beberapa lama bru dia hilang rasa takutnya... berbaloi jugak la msuk sana..aku x igt plak brapa RM nak masuk sana sb yg beli tiket my hubby pastu perut plak buat ragam time tu so duduk jer la menanti mr hubby beli tiket..

mama suh tgk camera raziq g tgk ikan takut ikan makan dia..huhu

cantik x?mcm real kan..ni kat tempat penguin..

suke tgk penguin ni..mcm blagak jer..hehe

so hampir pukul 11.00pagi kami keluar dari Aquaria tu n terus bertolak ke airport. sekali lagi kami kena bayar luggage rm45.00.. kami just maskkan 1 beg besar dan pinggan mangkuk yg kami beli jer..satu lg beg kami buat hand luggage.. byk jugak la hand luggage yg kami bawak..apa nak buat kalau tau mcm ni mmg order tiket MAS jer.. hrga dh lbh kurg sama dgn MAS..next time no more Air Asia except kalau dh ada improvement..hehe..good bye langkawi next time bawak yg si kecik no 2 plak..time tu kna plan btul2..

raziq tdo duduk sbb kepenatan