Thursday, January 5, 2012

Pengalaman Mengandung Anak Kedua

Menceritakan tentang perihal kandungan aku yg ini pula.. Memang rasa lbh sakit dr yg dlu.. byk yg aku alami.. tp aku hanya mengambil sikap bdiam diri dan bdikari sndri untuk selesaikan masalah aku. memang kadang2 hampir setiap hari aku mengeluh di facebook menyatakan rsa sakit aku tp bukan aku nak mgharapkan sipati tp sekadar meluahkan apa yg aku rasa supaya tiada tekanan dalam kepala aku.. suami aku x dapat memberikan tumpuan yg lebih kepada aku kerana kesibukan kerja dan melayan anak aku yg sulong.. jadi sakit pening cramp kna tanggung sendiri dan setelkan sendiri..

Pada usia kandunganku 30minggu.. jam 2.00pagi aku terasa perut aku sakit sgt..tdapat tenson dibahagian atas perut sebelah kanan..aku x boleh bdiri dan x boleh jugak mnjerit.. disebabkan suami aku tdo di dalam bilik, aku diluar, aku minta anakku raziq yg berumor setahun 10 bulan ketika itu dan masih blm pandai bcakap mengejutkan suamiku.. "raziq, pggil papa..pggl papa.." anak aku yg sulong ni dengan segera bgun dn masuk ke dalam bilik papanya.. mujur suami aku tdengar n jga dari tdo.. aku dikejarkan ke hospital besar melaka dan terus dimauskkan ke dalam labor room. nurse tanya sakit kat mana?skt kat perut atas..mmg keras kat tmpt tu tp bukan baby yg mengeras mcm ada bnda lain yg mengeras.. so doc dipanggil..nurse td dh seluk bawah nak cek samada ada bukaan atau x tapi tiada. aku mmg x suka masuk GH. sbb slalu melengah-lengahkan prosidur. daripada jam 3.00 pagi hingga 6.00pg aku skt tp tiada apa2 prosidur yg dilakukan cuma doc pelatih memasang brinular pada tgn aku jer.. kemudian jam 6.30pg aku dipindahkan ke wad 3 wad kelas biasa sahaja. suami aku mmg x puas ati time tu.. aku ckp xpela..mungkin wad kelas 2 penuh.. wad 3 mmg jauh dari situ..aku bjalan kaki ke sana dsebabkan kerusi roda tiada. dalam keadaan masih dlm kesakitan aku bjalan plahan-lahan dengan suami aku.. sampai di wad, sya dapat berbaring seketika n shingga jam 8.30 pagi doc pakar dtg untuk periksa.. ak critakan dimana sakit itu berada dan doc suspek aku kena apendiks. doc pakar arahkan supaya scan dibuat.. jam 9 pagi aku melangkah ke bilik air dan aku lihat ada pendarahan..segera aku beritahu nurse dan nurse cuma berikan pad shja. aku tggu sampai pkul 10.00 kemudian sakit ku dibahagian perut itu hilang tetapi bertukar pula sakit kontraksi. Ya Allah lama aku tggu untuk scan n diagnos je apa sakit aku tu dr pkul 3 pagi sampai 10.00pagi aku tggu x di scan.. bila dah start kontraksi aku pggl nurse mengatakan perut aku dh start mengeras. mmg kiraanku betul setiap 10 minit mmg ada kontraksi.
jam 11pagi baru aku di scan oleh Dr Alex dan dr ni plak x bgtau pun apa kondidi aku sbb dia dh tkejar2 nak balik..sakitnya hati..
jam 12.30tgh nurse dtg tgesa2 meminta aku bsiap untuk masuk ke labor room semula kerana doc surgeon nak dtg tgk aku..rupa2nya sejak pg td dr dah call supaya aku dibawa ke atas tetapi staff nurse di wad 3 x mnjalankan tugasnya dengan betul..staf nurse labor room degan staf nurse wad3 bertekak sesama sendiri menyalahkan masing2.. aku dimasukkan ke ruangan observation.. sampai jam 6.00 ptg brulah dr surgeon dtg n cek aku..bg aku xde gunaya sbb rasa sakit tu dh hilang..cma contraction je skang ni.. doc cek n tnya aku then dia cakap x perlu bedah..lpas aku pnya seksaan.. dalam dok tgh tggu aku tertido n dlm tdo muka aku menahan sakit kontraksi..dan seorg doc telah nampak muka aku bkerut2.. dia tnya sakit ker? aku cakap aah kontraksi dr t.. dan dh bgtau nurse pun..doc mintak nurse kira contraction n nurse ckp ada 2 intent..doc terus tutup langsir n cek bawah.. hah..dah bukak 1.5cm.. doc tadi terus maklumkan pd doc pakar.. terus doc pakar suh inject dexsa.. dexsa tu untuk mematangkan paru2 baby sbb kemungkinan lahir x cukup bulan.. segera aku maklumkan pd suami aku yg pada ketika itu dia dlm pjalanan nak pg ke kuala lumpur atas urusan kje..lgsg x jd dia pg.. patah balik n bli kelengkapan utk bsalin..terus terang aku katakan aku mmg x beli apa2 lg wkt aku 7 bulan ni..

jam 6.30 petang aku disuntik dengan ubat dexsa tu..Ya Allah mmg sakit dan pedih sgt..sebelum disuntik nurse mmg dh bgtau mmg sakit ubat tu sb dia penah kena..so aku x sangka plak sakitnya mcm tu skali.. bertambah kuat kontraksi aku..kemudian doc dtg n kata nak suntik ubat tahan sakit plak..dia ckp klu still contraction jugak dia akan tmbh dos..mujur lpas suntik ubt tahan sakit aku dh x rasa apa dh dan merasa mengantuk teramat sgt..bdn aku rasa ringan sgt.. dalam mamai2 tu aku tdengar nurse ckp contraction dh xde..jam 6.30 pagi aku dikejutkan untuk diberi suntikan dexsa kedua..suntikan dexsa ni mmg sepasang..kalau dah amik dos pertama, dos kedua pun kna amik jugak..setelah 24 jam di observe aku dipindahkan ke wad biasa balik tp kali ni aku dpt wad kelas 2. aku masih lagi bleeding time ni..selama 4 hari aku berada dlm hospital. dan sehari sebelum harijadi aku pada 21.10.2011 aku dibenarkan keluar..itupun selepas aku tunjuk muka sihat aku kat doc pakar n mintak nak balik bru aku dbenarkan balik..x nak aku sambut birthday aku dalam wad..huhu.. inilah pengalaman aku semasa mengandung anak kedua aku ni..

Selepas dari hari itu aku cuma menghitung hari untuk menunggu saat2 kelahiran puteriku..

No comments:

Post a Comment