Wednesday, August 24, 2011

Seminggu Lagi Nak Raya

morning!! wah lagi seminggu nak raya.. x sabar rasanya hati.. hati ni mcm x sabar2 lak nak raya.. afsal ek? dah lama x rasa perasaan mcm ni.. adakah lebaran kali ni lebaran terakhir utk aku? Ya Allah, aku masih mahu melihat anak2 ku membesar.. aku masih belum cukup bersedia lagi untuk semua ini..

mendengar lagu-lagu raya kat radio ngan enset rasa mcm happy jer.. happy sbb nak cuti ke atau happy sbb nak raya aku pun x tau.. tapi sejak ada anak ni.. raya menjadi lebih bermakna bg diri aku.. mana taknya.. aku gembira kalau anak aku pki bju baru, bgaya, riang je dia sbb jmpa ramai org..

1st time raya sebagai isteri org aku ketika itu dah pun pregnant 5 bulan.. tahun kedua raya lak bertiga beraya sebagai seorg isteri dan ibu.. tahun yg ketiga ni.. aku raya dengan pregnant 5 bulan jugak.. wah..pandai x aku rancang..haha..

semua barang dah dibeli rasanya.. kalau nak diikut persiapan thn ni xdelah gah sgt sbb aku blm masuk rumah baru aku lg...so ala kadar jer.. xdela sampai tukar2 langsir, cat rumah, beli perabot bagai.. just yg penting kuih raya mesti ada.. tapi raya thn ni igt nak psg lampu kelip2. huhu.. saja je nk nampak sikit meriah n rayanye.. pelita pun igt nak beli sbb si kecik tu dah pandai main bunga api..

insyaAllah tahun depan dapatla aku raya rumah baru..time tu baru aku byk nk wat persiapan.. dengan langsirnya, bunga meja lagi, lampu lip lap, pelita lagi..wallah..semangat nak masuk rumah baru.. Ya Allah Kau murahkanlah rezki keluargaku.. permudahkanlah urusanku dan suamiku.. Kau berkatilah rezki yang kami terima.. sungguh aku rindu padamu Ya Allah.. rindu sgt2..

lagi seminggu nak berpuasa ni.. kalau dipanjangkan lgkan bagus.. lepas raya nanti aku target nak ganti puasa terus..x nak dah tangguh2.. nanti jd mcm tahun lepas asal nak gnti puasa jer ade je bnda yg menghalang.. so thn ni x nak jd mcm tu lg.. oh yer..fidyah..aku lum bayar lg ni.. nnt nk kna bli beras bayar fidyah plak..ok2..jumaat g mydin beli beras ngan lampu lip lap.. hehe..

korang lak camane persiapan mesti meriah gak kan.. tema tahun ni hubby aku cakap kaler gold.. disebabkan dia dapat rezki dari emas kan so temanya emas la..haha.. tp bjunya xde lah shining mcm gold sbb cotton jer.. aku pnya jer yg mengerlip terlebih2..haha..

okla entri yg ni aku lari skit ke hari raya sbb mood nak raya kan.. next entri baru aku sambung cite pasal raziq kna jaundis n aku tumpah darah..

No comments:

Post a Comment