Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua..
lagi 3 hari lagi kita semua akan menyambut syawal bermakna hari raya aidilfitri menjelang tiba.. disini saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar nahasa terguris perasaan jika saya ada tersalah tulis sehingga membuat tuan/puan terasa.. maafkan saya kerana saya xde niat pun.. hehe.. skema sikit ayat..

wah..dah nak raya dah.. tp aku sedih sbb sales kedai aku masih x mencapai target yg sepatutnya.. aku sedih sebenarnya sbb niat aku meniaga asalnya nak menolong org2 melayu dan yg bkeluarga mendapat harga terendah untuk anak2 dieorg... tapi ada dikalangan org2 kita tidak memahami niat kita dan menganggap kita menekan harga yg sgt tggi.. terus terang aku katakan kat sini masa aku meniaga online aku mmg cuma amik untung niaga aku dalam rm10 jer.. itu online sbb aku x perlu nak bayar duit sewa kedai, gaji pekerja semua.. tp bila aku dah start niaga kedai..aku x leh ambil kadar untung niaga aku sama dengan online..aku pun rasa korg pun fhm kan maksud aku..

hari ini mmg aku buat lelong habis-habisan n dibawah harga modal aku.. tp masih lagi segelintir org melayu kita yg x pernah puas.. dah kurang nak kurang lagi.. x terpikir ke penat lelah, minyak, modal yg aku dah kuarkan.. niat kita nak tolong org tp telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.. inilah namanya ragam manusia.. bila aku dh rasa apa org meniaga rasa mmg aku x pernah nak tawar harga berlebih-lebihan dengan peniaga2 yg ada..sebab aku sendiri boleh agak brape modal org tu kuarkan.. pada yang kurang mengerti tentang perniagaan tp mmg xde niat pun nak meniaga rajin2 la pegi ke tempat borong n survey harga2 yg ditawarkan untuk peniaga2 kecil.. kemudian kalau nak tawar harga biarlah berpada-pada. supaya kita tidak menganiaya sesama manusia..

bukannya mengeluh tapi kalau kalau baju yg dibeli di shopping complex x boleh tawar n mahal boleh plak beli tp kalau beli kat luar beriya2 menawar harga. ada yg kata baju budak lagi mahal dr baju org dewasa.. mcm2 lg la..tadah je la telinga ni dengar.. kadang2 nak jugak balas cakap x kan modal rm30 saya nak untung rm5 jer.. huhu.. tp diamkan jer la..baik x yah niaga kalau mcm tu..mcm2 perangai jmpa.. ada tu plak yg sanggup menyamar kononnya peniaga2 kat area situ jugak sebab semata2 nk dpt harga murah..hehe.. semuanya same beb.. gua pun meniaga jugak tp gua beli harga same je dengan customer2 lain.. malas aku nk ambik pusing dgn kata2 org kat situ.. tu sbb aku lbh suka diam n suruh pekerja aku yg jga sbb kalau aku yg jga alamatnya semua org aku sembur..huhu..

walau apa pun.. aku bersyukur kerana aku dh dapat bertahan berniaga ni dekat setahun lebih.. mmg aku nak hbskan stok yg ada sbb aku nk cba biz yg lain plak.. pada sape2 yg ada anak tu nak dpt harga termurah boleh bgtau aku sbb aku mmg bg murah skrg ni. ada yg aku letak hrga modal pun ada.. so bila aku dh bg harga tu x yah la tawar lagi sbb korg sndr boleh bandingkan harga dgn org lain..

haha..jadi tempat meluah perasaan plak.. suka ati aku la kan sbb aku pnya blog pun.. mmg aku create ni untuk mencurahkan apa yg aku rasa.. so sempena nak raya ni.. aku mintak maaf la pada sesapa yg terasa tu.. bukan niat aku nak sakitkan hati korg tp niat aku cuma nak sedarkan korg n nak korg faham.. tu jer.. xde niat nak dendam2 pun.. oklah..

last but not least Selamat hari raya sekali lagi.. semoga raya kali ini memberi seribu makna buat korg sume.. wassalam..

No comments:

Post a Comment